Taklimat Buli Siber
10 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSeramai 6 orang pelajar sekolah sekitar Changkat Jering telah menyertai Taklimat Buli Siber di NADI Pekan Changkag Jering. Antara pengisian taklimat tersebut adalah pengenalan tentang apa itu buli siber, contoh buli siber, situasi-situasi yang bakal mencetuskan buli siber, serta kesan buli siber terhadap seseorang. Selain itu, taklimat ini juga mendedahkan apa yang perlu diambil sekiranya terjadi buli siber kepada seseorang. Taklimat ini diakhiri dengan soalan Quiz daripada penceramah kepada semua pelajar.
Semoga perkongsian dan pendedahan menerusi taklimat ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: