Pembukaan Kaunter SSM & Arrahnu
13 November 2025 | Aktiviti TerkiniMasa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari .
Pembukaan Kaunter SSM & Arrahnu di NADI Pekan Changkat Jering menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat sekitar Changkat Jering & Bukit Gantang. Kaunter SSM menawarkan perkhidmatan untuk usahawan bagi membuat pendaftaran perniagaan, memperbaharui sijil perniagaan, dan khidmat nasihat berkaitan perniagaan. Manakala, Arahnu menawarkan perkhidmatan cuci emas secara percuma kepada komuniti dan juga seminar Kenali Emas dan juga mengetahui harga semasa emas terkini. Pihak NADI Pekan Changkat Jering mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SSM & Arrahnu kerana memilih NADI Pekan Changkat jering sebagai tempat melaksanakan perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: