Cashless Society @ NADI
21 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniMasa: 10.00 am – 4.00 pm.
Alhamdulillah, selesai sudah Program Cashless Society @ NADI dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang. Kami dari pihak NADI Pekan Changkat Jering mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Pejabat Penghulu Mukim Bukit Gantang kerana telah menaja lokasi untuk Program ini, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Saidi bin Mohamad Daud turut membantu kelancaran program ini dengan menaja 15% diskaun barangan runcit dan keperluan asas menerusi Jualan Sejahtera Rakyat khas untuk Penduduk Changkat Jering & kampung sekitar Mukim Bukit Gantang. Tidak lupa juga kepada NGO - GPMS Bukit Gantang yang memberikan sedikit sumbangan bagi kelancaran program ini. Jutaan terima kasih juga kepada Penghulu Tertinggi, Ketua Balai Polis Changkat Jering, Pengerusi JPKK Mukim Bukit Gantang yang turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
5 rakan strategik yang dilantik khas oleh MCMC iaitu BSN, TM UNIFI, Setel, BIMB, TNG DIGITAL untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada penduduk Changkat Jering tentang transaksi tanpa tunai yang cepat, mudah, dan selamat. Terima kasih juga kepada mySalam yang turut hadir untuk memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada penduduk kampung Changkat Jering.
Seramai 5 orang usahawan telah menyertai Gerai Jualan Usahawan di Program ini. Syabas, tahniah dan terima kasih kepada para usahawan kerana sudi menyertai Program Cashless Society ini. Maklumbalas yang diterima juga sangat positif.
Taklimat Usahawan oleh Rakan Strategik & Pertandingan Gubahan Buah/Tuala/Pulut dijadualkan pada waktu petang. Taklimat ini disertai oleh oleh para usahawan dan juga peserta pertandingan yang juga memiliki perniagaan.
Akhir sekali, kami pihak NADI Pekan Changkat Jering, sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini. Kami juga mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: