Kaunter Bergerak bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
23 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2025 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menjalankan Program Perkhidmatan Kaunter Bergerak yang bertempat di NADI Pekan Changkat Jering. Program telah berlangsung selama 4 jam. Usahawan sekitar Changkat Jering, Bukit Gantang, Air Kuning dan sekitar Taiping telah datang ke NADI Pekan Changkat Jering untuk berjumpa dengan pegawai SSM bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan Seramai 3 orang pegawai SSM bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti semasa program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: